Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat laporan polis terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abd Latiff Ahmad berkaitan perolehan kapal tempur pesisir (LCS) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Isnin.
Menurut Pengarah Strategi PKR, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, laporan polis itu dibuat bagi meminta pihak polis menjalankan siasatan terperinci terhadap kes terbabit terutama melibatkan Abd Latiff Ahmad.